Term & Condition

Sila baca semua maklumat yang diberikan di bawah sebelum mula gunakan khidmat Osihub

Bagaimana Osihub Berfungsi?

1. Osihub ialah warehouse berkonsepkan home storage yang menyediakan ruang penyimpanan & pembungkusan produk.

2. Setiap pengguna Ordersini layak meletakkan produk di Osihub tanpa ada sebarang caj penyimpanan barang.

3. Selepas bersetuju untuk menggunakan Osihub, anda hanya perlu buat deposit sebanyak RM50 sahaja untuk tujuan logistik. Deposit akan dikembalikan jika anda mahu berhenti menggunakan Osihub.

4. Selepas pembayaran dibuat, anda akan dihubungi oleh warehouse manager untuk proses penghantaran & penerimaan produk.

5. Selepas produk tiba di warehouse, produk akan disusun dan dilabel dengan kemas.

6. Akaun Ordersini anda akan dimasukkan satu butang khas untuk anda hantar setiap order yang masuk dari kedai anda ke warehouse manager.

7. Warehouse manager akan mula bungkus produk anda dan buat penghantaran dengan kos terendah.

8. Setiap produk yang dihantar kepada pelanggan akan dikenakan caj pengurusan sebanyak RM2 sahaja. 

9. Jumlah keseluruhan kos pos (postage fee) dan caj pengurusan akan diberikan kepada anda setiap hujung bulan dan anda perlu membuat bayaran dengan kadar segera.

10. Caj pengurusan ialah caj bagi proses pembungkusan dan pengurusan kurier. Setiap produk akan dibungkus dengan rapi berserta bubble wrap (bagi produk yang mudah rosak)

Produk Apa Yang Sesuai Untuk Guna Osihub?

1. Hanya produk fizikal sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan Osihub. Produk digital atau separa digital adalah tidak digalakkan.

2. Produk yang dihantar ke Osihub perlu mempunyai kotak atau dibungkus plastik untuk elak kerosakan atau kekotoran. 

3. Produk perlulah mempunyai tarikh expired yang melebihi 6 bulan. Jika produk yang mempunyai tarikh expired yang pendek, anda perlu pastikan semua produk boleh dijual dalam masa yang pantas

4. Produk yang mudah pecah dan mudah rosak tidak digalakkan. Produk seperti cawan kaca, frame gambar kaca atau sambal (mudah basi) dan seangkatan dengannya juga tidak digalakkan. Jika masih mahu gunakan khidmat Osihub, pihak Osihub tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan kepada produk dalam proses penghantaran.

5. Produk bersaiz besar seperti tilam, katil, almari, kerusi dan seangkatan juga tidak digalakkan.

6. Produk frozen food atau makanan sejuk beku juga tidak digalakkan untuk gunakan khidmat Osihub kerana Osihub tidak menyediakan peralatan untuk proses sejuk beku. 

 

Promosi Beta Tester

1. Setiap produk yang dihantar ke Osihub disarankan untuk sediakan set demo untuk digunakan semasa promosi live streaming.

2. Produk yang anda letak di Osihub akan dibuat review dan dijual secara live stream sepanjang bulan (minimum 1 kali seminggu) tanpa bayaran tambahan.

3. Set demo akan digunakan semasa sesi live stream untuk promosi kepada penonton.

4. Hanya produk yang diberikan set demo sahaja akan dibuat live stream.

**Tawaran ini hanya untuk peniaga yang menggunakan khidmat Osihub sahaja dan live streaming percuma hanya sah sehingga bulan APRIL 2022 sahaja. 

Dah faham & setuju nak gunakan Osihub?

Sila buat bayaran deposit sebanyak Rm50 melalui butang di bawah. Selepas pembayaran dibuat, warehouse manager akan hubungi anda untuk proses penghantaran produk masuk ke Osihub

RM50 ialah untuk satu jenis produk yang nak diletakkan dalam Osihub. Jika anda nak letak 5 produk berbeza, maka anda perlu pilih 5 unit x Rm50 = RM250.

Tiada limit jumlah unit produk yang anda boleh letak dengan deposit Rm50. Anda boleh letak 1 juta unit produk dengan bayaran tersebut.

Contoh:

Lipstik = 1 jenis produk. Bayar Rm50 boleh masuk 1 juta unit lipstik dalam Osihub.

Jika anda nak masuk 1juta unit lipstik & 1 juta unit pencuci muka, maka anda kena bayar Rm100 (untuk 2 jenis produk)